SENI SUARA
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk
mencipta
bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada
estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua
bahagian
iaitu :
Seni Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan
kepada
pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam
masyarakat
Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung
dengan
muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat
Melayu
ialah :
Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya
dilagukan
dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau
upacara bercukur kepala.
Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa
Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para
sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan
kemerduan suara.
Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi
Muhamad
dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk
dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah
biasanya
dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad
dan para sahabat.
Lagu yang digabungkan dengan muzik
-
Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir
Pahang,
dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan
pukulan rebana atau kompang.
-
Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan
iringan
sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
-
Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan
bunyi-bunyian
gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang
diringi dengan pukulan rebana.
-
Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan
dengan pukulan rebana.
-
Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan
dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan
bunyi
yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan,
bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah
berpendapat
bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas
dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi
kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat
dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati
atau perasaan.
-
Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
-
Tradisi tinggi (great tradition)
-
Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan
bangsawan
yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai
pusat kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan
dianjurkan
untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan
muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara
pertabalan,
kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan
balairung.
Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia
ialah
gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa
Riau-Lingga
dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah
saron,
bonang, kerompong, gendang dan gong.
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula
tradisi
rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan
nelayan.
Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir
daripada
minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka
mewarisi
keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat
muzik
ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka
seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana
merupakan
sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional.
Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti
dikir,
ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
-
Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang
keling
diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan
Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai.
Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang
kulit,
kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari
zaman
silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan
mempunyai
hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula
berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum
berkembang
di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian
ronggeng
atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang
berkembang
di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat
alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari.
Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu
keturunan Jawa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar